Entry: aku juga seorang paramedik Wednesday, November 30, 2005



 
 kisah aku sebagai seorang paramedik, tugas seperti aku memerlukan aku berjuang bermati-matian demi memberikan kepuasan kepada pesakit yang datang kepadaku, walaupun perjuangan kami sebagai paramedik tidak pernah disanjungi dan di hargai,bahkan ditambah pula dengan cacian dan makian dari pesakit yang tidak pernah memahami erti perjuangan kami, namun bagi aku, aku tetap berbangga kerana aku ikhlas demi membantu anggota pasukan perubatan yang lain walaupun tidak dibalas dengan satu senpun elaun-elaun imbuhan seperti elaun kritikal dan juga keistimewaan yang dapat diperolehi oleh penjawat jawatan awam yang lain. aku sedar risiko aku untuk berdepan dengan status pesakit yang tidak diketahui latar belakang kesihatannya juga turut boleh membahayakan diriku, aku redha dan aku pasrah kerana aku akan terus berjuang demi kesejahteraan kesihatan rakyat malaysia umpama lilin yang membakar diri, menerangi orang lain.....

   1 comments

noush
December 1, 2005   06:12 PM PST
 
hi meor..sape kata paramedic xdihormati..hehhehe kat sini(UK) paramedik lebih disegani dari GP tau....lgpun semua keje adalah mulia..apakurangnya dgn paramedic?emmmm tgk ajelah dlm siri TV tu...paramedic adelah org pertama kesituasi2 tertentu as a live saver ......bravo...keep up the good work dude...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments